"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skuasy: Sivasangari juara Klasik London

FMT Reporters
S Sivasangari sebelum ini mencipta sensasi di pusingan suku akhir apabila menyingkirkan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Rentak kecemerlangan pemain skuasy wanita nombor satu negara S Sivasangari pada kejohanan Klasik London diakhiri dengan kejayaan bergelar juara selepas menang perlawanan akhir, hari ini.

Sivasangari dinobat juara selepas menewaskan pemain nombor dua dunia Hania El Hammamy dari Mesir pada perlawanan akhir berlangsung di Alexandra Palace itu.

Pemain nombor 16 dunia itu menampilkan aksi cukup baik selain meletakkan lawannya dalam keadaan tertekan sebelum mencatat kemenangan 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam tempoh lebih sejam.

Sebagai rekod, ia kemenangan kedua Sivasangari ke atas El Hammamy dalam tiga pertemuan.

“Tidak tahu bagaimana untuk buat kesimpulan tetapi aksi saya sepanjang minggu ini (cukup baik), menewaskan pemain kelompok 10 teratas dunia sebanyak tiga kali. Saya gembira dengan kemenangan ini,” katanya sejurus tamat perlawanan menurut Kosmo.

Sebagai rekod, keputusan itu menyaksikan Sivasangari mencatat kemenangan kedua ke atas El Hammamy dalam enam pertemuan dengan tiga perlawanan terakhir menjadi milik pemain Mesir itu.

Terdahulu, Sivasangari mencipta sensasi di pusingan suku akhir apabila menyingkirkan rakan sepasukan El Hammamy yang juga pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini.

Dia juga melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama mara ke final kejohanan bertaraf emas dalam saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas kali terakhir dilakukan legenda skuasy negara, Nicol David pada 2015.

Tiada ulasan: