"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 beranak masih hilang, mayat budak 10 tahun ditemukan

FMT Reporters
Insiden kepala air itu berlaku di sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur, petang tadi. (Gambar bomba)
PETALING JAYA: Wanita dan seorang anaknya berusia empat tahun masih hilang dipercayai lemas susulan hanyut dalam insiden kepala air ketika menjala, di sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur, petang tadi.

Dalam insiden itu, seorang lagi anaknya berusia 10 tahun yang hanyut ditemukan pada 7.01 malam tadi, namun disahkan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata laporan kejadian diterima menerusi panggilan MERS 999 pada 4.35 petang.

Beliau berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba Serdang serta Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) Shah Alam segera digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan kejadian dibuat mangsa yang terselamat, iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun memaklumkan isterinya yang berusia 38 tahun serta tiga anak, terdiri dua lelaki berusia sembilan dan 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia empat tahun dihanyutkan arus deras.

“Bagaimanapun, seorang anak lelaki berusia sembilan tahun berjaya ditemui oleh orang awam dalam keadaan selamat pada 5.18 petang tadi,” katanya menurut Berita Harian.

Mengulas lanjut, mayat pertama ditemui PPDA kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa hanyut.

Tiada ulasan: