"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki warga asing tumbuk lelaki sehingga maut didakwa esok

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Lelaki warga asing yang menumbuk seorang lelaki sehingga maut di sebuah pusat hiburan di Sea Park, di sini, akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, lelaki warga asing itu akan dihadapkan ke mahkamah esok mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan hanya kerana perselisihan faham ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Sea Park, di sini, seorang lelaki maut selepas ditumbuk warga asing.

Dalam kejadian 1 pagi itu, lelaki warga asing berusia 40-an terlanggar badan mangsa berusia 40-an sebelum berlaku pertengkaran.

Suspek yang tidak berpuas hati selepas mangsa ada menendangnya sedikit menyebabkan dia terus melepaskan tumbukan.

Tiada ulasan: