"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Israel tangkap adik perempuan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh

AFP
(Gambar fail) Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh. - AFP
BAITULMAQDIS: Polis Israel hari ini mendakwa, mereka telah menahan adik perempuan kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, untuk siasatan kes keganasan di selatan Israel.

Pihak polis memberitahu AFP bahawa Sabah Abdel Salam Haniyeh yang dilaporkan sebagai warga Israel, ditahan di bandar Tel Sheva dalam langkah siasatan yang turut membabitkan agensi keselamatan Israel, Shin Bet.

Jurucakap polis yang mengesahkan wanita terbabit sebagai adik Ismail, berkata individu itu 'disyaki mempunyai hubungan dengan Hamas serta dikenal pasti bersama organisasi berkenaan, selain didakwa menghasut dan menyokong tindakan keganasan di Israel,'

Polis juga mendakwa bahawa mereka menjumpai 'dokumen, media, telefon, penemuan lain dan bukti di rumah wanita berusia 57 tahun itu yang dikata mengaitkannya dengan kesalahan keselamatan serius terhadap Israel.'

Ismail adalah ketua biro politik kumpulan Hamas.

Tiada ulasan: