"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banyak inisiatif menarik kerajaan Madani tapi orang tak tahu

Harapandaily

Seorang pengguna X, @_yunn_96 menyatakan banyak inisiatif menarik disediakan kerajaan Madani untuk pelbagai segmen rakyat tetapi ramai tidak tahu.

Dia dan sendiri katanya sudah menikmati inisiatif di bawah Geran Digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang membolehkan usahakan memperoleh peranti percuma.

“Tahun lepas usahawan dapat geran digital (PMKS). Tahu pun dari kawan terus mohon.

“Mulanya nak beli laptop baru tapi rezeki dapat laptop percuma,” katanya menerusi platform X.

Selain itu, kata beliau, ibunya juga dapat laptop percuma.

Malah, selain laptop, @_yunn_96 turut memperoleh telefon percuma di bawah GPJDM serta empat bulan latihan kerja dengan elaun RM2,000 sebulan.

“Kebanyakannya, orang tahu STR dengan yang klinik tu je,” katanya lagi.

Untuk rekod, inisiatif Geran Digital PMKS Malaysia Madani pada dasarnya berfungsi sebagai batu loncatan penting bagi perniagaan tempatan untuk berkembang maju dalam era digital.

Kerajaan melalui kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan Geran Digital PMKS di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak berpeluang mendapat subsidi sehingga 50 peratus, dengan maksimum RM5,000 disediakan kerajaan untuk memudahkan mereka menerima pakai teknologi digital.

Tiada ulasan: