"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemain hoki Australia ditahan beli kokain

AFP
CRAIG beraksi ketika Australia menentang Belanda. FOTO AFP
CRAIG beraksi ketika Australia menentang Belanda. FOTO AFP
Paris: Polis Perancis menahan pemain hoki padang Australia Sam Craig selepas disyaki membeli kokain daripada pengedar dadah di tengah Paris, menurut polis hari ini.

Pemain tengah Craig, 28, beraksi kali terakhir untuk Australia ketika tewas di tangan Belanda pada saingan suku akhir Ahad lalu.

Sumber polis berkata, dia ditahan hari ini selepas berlakunya 'transaksi kokain' berhampiran bangunan apartmen.

Dia didapati memiliki satu gram kokain ketika ditangkap, menurut sumber yang enggan dikenali manakala penjualnya yang berusia 17 tahun turut ditahan.

Tiada ulasan: