"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PN-Pas khianat dalam isu Palestin, seru boikot himpunan solidariti

Harapandaily

AHMAD MURSI

Tiada masalah jika kritik kerajaan, tetapi agak melampau bila Ahli Parlimen pembangkang berkempen memboikot himpunan solidariti di Bukit Jalil semalam.

Ini pengkhianatan kepada perjuangan Palestin yang harapkan bantuan Malaysia sebagai kerajaan.

Tiada negara seberani Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tegas sepanjang perang terbaru ini.

Pembangkang pertikai ketegasan PMX berjuang isu Palestin sejak muda dan usaha kerajaan MADANI, tetapi sewaktu Kerajaan Tebok Atap dulu, mereka tidak lantang berjuang di peringkat antarabangsa.

Pembangkang hanya ‘jaguh kampung’ menyeleweng fakta dan sebarkan penipuan termasuk guna surat layang menyorok di belakang imuniti Parlimen.

Pernah nampak Haji Hadi atau Muhyiddin kritik kuasa besar secara berdepan seperti PMX? Hj Hadi: tanya lain jawab lain. Muhyiddin: tiada ‘pdf’, tiadalah ucapan.

Haji Hadi sebagai Duta khas Timur Tengah tiada impak selain ambil sikap berkecuali dalam isu Timur Tengah. Gaji dan pencen bertaraf menteri tetap berjalan.

Saya akui, ada satu dua isu dikritik pembangkang ketika ini, tetapi itu sudah dijelaskan berulang kali termasuk di Kamar Khas Parlimen.

Jika pembangkang tidak mahu hadir, senyap lebih baik. Tak perlu hasut rakyat memboikot kerana ini isu sejagat. Sepatutnya, tunjukkan rakyat Malaysia ini satu ketumbukan kuat membantu Palestin. Ini zahirkan kotornya hati pemimpin PN-PAS bermain politik.

Jika kelompok yang dakwa diri ‘terpaling Islam’, ambil sikap ‘tikam belakang’ waktu kerajaan Madani bertegas isu Palestin dengan mengambil risiko, mungkin inilah punca kita masih gagal bebaskan Palestin.

Tiada ulasan: