FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan lima maut dihempap pokok ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di Kampung Charuk Sireh, Sik, pagi tadi.
Muhammad Assif Md Zahid, 17, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Sik Abdull Razak Osman berkata ibunya yang berusia 46 tahun mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas dihubungi suaminya pada 7.44 pagi.
Katanya, kejadian berlaku ketika ibu mangsa yang juga penjawat awam, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sungai Petani dari Felda Teloi Timur.
“Suaminya meminta berpatah balik dan memaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak mereka.
Ketika dalam perjalanan ke lokasi, wanita itu berselisih dengan kereta suaminya dan terus mengikut suaminya ke Hospital Sik, sebelum dimaklumkan anak mereka meninggal dunia, katanya, menurut Harian Metro.
Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut.
Abdull Razak berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada kesan jenayah atau khianat ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan