"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 gadis sunti berlatih menari atas bangunan, seorang putus kepala terkena kabel elektrik

AGENSI
Foto Debora Rebeca Xi Artola dimuat naik ibunya di Facebook. - FOTO Agensi/Newsflash
Foto Debora Rebeca Xi Artola dimuat naik ibunya di Facebook. - FOTO Agensi/Newsflash
GUATEMALA: Seorang gadis berusia 15 tahun terjatuh dari bangunan dua tingkat selepas kepalanya terputus akibat terkena kabel elektrik ketika sedang menari dan berswafoto dengan rakan di La Tinta.

Video kejadian ngeri pada Khamis lalu itu turut dirakam penduduk yang berada di situ, lapor New York Post.

Débora Rebeca Xi Artola dilihat berada di atas bumbung bersama tiga rakan, dengan seorang merakam gambar, kata El Heraldo mengenai video yang diambil penduduk tempatan.

Mereka dilihat sedang berlatih gerakan tarian di atas bangunan dua tingkat itu apabila Debora terkena kabel elektrik bervoltan tinggi, yang mungkin membunuhnya serta merta.

Satu lagi video lain yang dirakam dari bawah menunjukkan orang ramai bergegas mendapatkan gadis itu yang dipenuhi asap.

Keadaan remaja berkenaan amat menyedihkan dengan kepalanya terputus, menyebabkan dia terjatuh kira-kira enam meter dari bangunan.

Ibu mangsa, Andrea Xi, berkongsi penghormatan terhadap anak perempuannya di Facebook dengan memuat naik gambar Débora tersenyum ketika majlis quinceañera atau sambutan hari lahir ke-15 pada Mac lalu.

"Saya menyayangimu selamanya. Puteriku," antara satu hantaran yang dimuat naik.

Insiden itu kini sedang disiasat sementara pihak berkuasa berusaha untuk mengesahkan tragedi ngeri itu adalah kemalangan.

Tiada ulasan: