KOSMO
Nama pulau ini diambil sempena nama Sir Francis Drake. - Sky News
LONDON – Sebuah pulau sarat dengan sejarah ketenteraan yang terletak di luar pantai Devon, England, diiklankan untuk dijual pada harga yang belum ditetapkan, lapor saluran berita Sky News kelmarin.
Dinamakan Pulau Drake, hartanah seluas 2.4 hektar itu lengkap dengan pantai persendirian, kubu pertahanan dan kelulusan untuk membina hotel mewah.
Pulau Drake pernah digunakan sebagai kubu pertahanan selama beratus-ratus tahun, malah meriam-meriam dari abad ke-18 masih lagi berada dalam kedudukan sempurna.
“Ia mempunyai sejarah lebih 2,000 tahun. Bangunan pertama yang direkodkan adalah pada tahun 1135,” kata pemilik semasa Pulau Drake dan ahli perniagaan tempatan, Morgan Phillips.
Tambah Phillips, mana-mana pemilik baharu mungkin tidak akan ‘bersendirian’ kerana terdapat 15 hantu tentera ‘mendiami’ pulau tersebut.
“Hantu-hantu ini adalah tentera British. Ia berada di sini untuk melindungi kita. Itulah yang ia lakukan semasa masih hidup dan ia masih melakukannya hingga ke hari ini,” ujarnya.
Harga jualan tidak ditetapkan, namun kos pengubahsuaian Pulau Drake dianggarkan sekitar £25 juta (RM141.9 juta). – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan