"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyanyi hilang lepas keluar jogging

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my
Nidza Afham kali terakhir berada di Jambatan Klang. FOTO Instagram Nidza Afham
Nidza Afham kali terakhir berada di Jambatan Klang. FOTO Instagram Nidza Afham
Kuala Lumpur: Penyanyi, Nidza Afham, 23, dilapor hilang selepas keluar jogging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam tadi.

Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single  berjudul Ternyata Bukan Aku.

Kakaknya, Nur Irfahanie, 30, ketika dihubungi berkata, bagaimanapun dompet dan telefon adiknya itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.

"Dia keluar rumah pada jam 7.54 petang semalam dengan menaiki e-hailing ke Stadium Klang. Kemudian, individu terakhir yang dia mesej ialah teman wanitanya iaitu Miera pada jam 9.04 malam. Selepas itu dia sudah tidak balas dan angkat telefon.

"Kemudian Miera memberitahu kami yang lokasi terakhir Afham di Jambatan Klang. Selepas sejam pun, lokasi itu tak bergerak. Jadi, kami terus ke sana. Kebetulan, ada dua orang lain yang turut bantu kami mencari.

"Selepas pusing sekitar jambatan, dua lelaki yang turut membantu jumpa telefon dan dompet adik dalam keadaan baik. Cuma yang hilang kad ATM dan wang tunai," katanya kepada Harian Metro.

Susulan itu, dia sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Klang Selatan pada jam 4 pagi.

Menurutnya, tidak ada sebarang perkara yang mencurigakan berlaku ke atas adiknya berdasarkan mesej yang dibaca dalam telefon.

"Keluarga tak syak apa-apa pun, malah dia pun okay saja. Tidak ada pulak perkara pelik berlaku. Dia juga tidak ada masalah kewangan. 

"Malah, dah baca semua mesej pun tidak ada yang mencurigakan atau berbaur ugutan dan sebagainya. Saya tanya juga pada Miera adakah mereka bergaduh, tapi tidak juga. 

"Pada masa sama saya tidak menolak kemungkinan jika ada kejadian lain berlaku seperti terjun atau apa. Cumanya, saya berharap dia selamat dan dapat ditemui segera," katanya.

Menurutnya, setakat pagi ini polis memaklumkan belum ada sebarang perkembangan baru.

"Pagi tadi suami ke balai polis semula untuk bertanya prosedur lain sekiranya ingin meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

"Kawan-kawan dia pun terkejut apabila membaca hebahan yang kami kongsikan di media sosial. Mereka juga tak tahu apa-apa," katanya.

Tiada ulasan: