FMT Reporters
PETALING JAYA: Teman lelaki kepada ibu pelajar 14 tahun yang meninggal dunia di Setapak, Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap kakak mangsa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata suspek berusia 51 tahun direman tujuh hari sehingga 31 Ogos ini hasil soal siasat polis berhubung kematian pelajar Tingkatan 2 itu.
“Mangsa berusia 15 tahun merupakan kakak kepada si mati (mangsa). Kita buka satu kertas siasatan terhadap suspek di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya menurut Sinar Harian.
Pada 18 Ogos lalu, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.
Keesokannya, ibu mangsa membuat laporan polis mendakwa terdapat elemen buli dalam kematian anaknya.
Sabtu lalu, Fadil dilaporkan berkata, siasatan jenayah dibuka susulan laporan ibu mangsa dan 92 keterangan saksi dirakam bagi membantu siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan