"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu e-panggilan didakwa cuba bunuh, bakar wanita di Kepong

Faisal Asyraf

Ang Kam Tong bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
suspek bakar warga emas
Ang Kam Tong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan cubaan membunuh.
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu e-panggilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh wanita warga emas cara membakarnya dalam kejadian di Kepong awal bulan ini.

Tertuduh, Ang Kam Tong, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin.

Ang didakwa cuba membunuh Gan Siew Teen, 62, dengan cara membakar menggunakan minyak petrol sehingga mengakibatkan kecederaan serius.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, di sini, pada 7.51 pagi, 9 Ogos lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Shariff memohon supaya mahkamah tidak membenarkan jaminan dengan alasan Ang cuba melarikan diri ketika ditahan.

Shakila turut berkata mahkamah perlu mengambil kira kecederaan melecur tahap ketiga yang dialami mangsa.

Peguam Lee Keng Fatt yang mewakili Ang memohon jaminan dengan alasan anak guamnya tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Beliau berkata Ang masih bujang, bekerja sebagai pemandu e-panggilan dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Tambahnya, adik-beradik Ang bersedia membantu membayar wang jaminan sekiranya mahkamah membenarkannya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 September untuk sebutan semula kes.

Tiada ulasan: