KOSMO!
SEREMBAN – Seorang pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal dan isteri bakal didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok berhubung kes penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.
Difahamkan pendakwah berusia 30-an itu adalah pengerusi NGO berkenaan, manakala isterinya berkhidmat sebagai setiausaha pertubuhan itu.
Sebelum ini media melaporkan pendakwah bebas yang juga dikenali sebagai pempengaruh agama di media sosial ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.
Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan