"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat wanita ditemukan dalam tandas, tangan diikat dan kepala ditutup

Poliana Ronnie Sidom

SANDAKAN: Bau busuk daripada sebuah rumah merungkai misteri kehilangan wanita warga emas apabila mayatnya ditemui dalam keadaan tangan diikat dalam tandas dalam rumah di Tanah Merah, Jalan Leila, di sini.

Mayat mangsa wanita berusia 62 tahun itu ditemui anggota polis ketika pemeriksaan di rumah itu kira-kira jam 8.45 malam, Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, polis dikatakan menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa terhidu bau busuk daripada rumah jenis kayu dua tingkat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman, berkata pemeriksaan ke atas rumah itu kemudian menemui mayat wanita dalam keadaan tangan diikat dengan tali di bahagian belakang, manakala kepala ditutup dengan kain dalam tandas.

Beliau berkata, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari.

“Hasil tindakan pantas polis, kita berjaya membuat tangkapan kurang daripada tempoh 24 jam. Seramai 10 individu ditahan untuk membantu siasatan.

“Hasil soal siasat lanjut mendapati dua daripada individu dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kes ini.

“Motif kejadian dipercayai adalah disebabkan perselisihan faham mengenai upah ubah suai rumah dan kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menaikkan kadar sewa bulanan rumah yang didiami semua suspek,” katanya.

George berkata, tangkapan itu membabitkan lima lelaki dan lima wanita dengan tiga daripadanya adalah warga Filipina, manakala selebihnya warga tempatan dengan kesemua mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.

Katanya, polis juga merampas senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu iaitu sebatang kayu dan beberapa barang peribadi milik mangsa yang dilarikan suspek.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tiada ulasan: