"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MIC Tabur Duit Semasa PRK Bukit Gantang

Kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dicemari oleh politik wang yang sudah menjadi amalan dan budaya Umno dan Barisan Nasional.

Menurut sumber salah seorang pemimpin tinggi MIC, salah satu parti komponen BN, telah menabur wang kepada ahli-ahli parti PPP sebanyak RM2,000 seorang untuk memenangi hati mereka.

TV Antara mendapat maklumat ahli-ahli PPP Cawangan Taiping mendapat "durian runtuh" pilihan raya kecil daripada MIC untuk mendapatkan sokongan parti kecil tersebut yang dikatakan tidak sebulu dengan MIC.

Jika dakwaan ini betul ia mengiyakan persepsi rakyat bahawa Umno dan BN adalah perasuah dan menghalalkan perbuatan yang keji itu untuk tujuan politik kotor mereka.
  -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: