"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO LEBIH DAHSYAT LULUSKAN TANAH TANPA MESYUARA

TAIPING: “Nizar bagi tanah kat Cina!” “Habis tanah orang Melayu di Perak digadaikan!” macam-macam lagi salakan yang dibuat untuk menipu dan memperdaya orang Melayu.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Perak pada 8 March 2008 lalu, mereka mengambil masa begitu lama untuk mengambil alih pentadbiran tanah negeri. Tetapi bila Umno merampas kuasa…dalam masa 20 hari, mereka telah melantik Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah. Begitu rakus. Kerana mereka tahu…hayat mereka tidak akan  lama. Dalam masa yang singkat inilah …kalau nak sapu pun, sapu lah.

Dalam mesyuarat pada 25 Feb 2009, Umno  membincangkan beberapa perkara berkaitan tanah…tapi tidak membincangkan tentang pemberian hak milik kekal kepada kampung setinggan ataupun untuk orang Cina. Tak kan Umno nak bagi tanah kat Cina kot?

Apa yang dibincangkan adalah perkara-perkara berikut: tengok surat ini..



Faham.Tapi surat kat bawah ni…timbulkan satu kemusykilan.

Setiausaha sulit Zamry…Rashidi bin Ibrahim…telah diarah oleh Menteri Besar Haram meminta Pengarah Tanah dan Galian mengambil tindakan segera tentang permohonan hak milik kekal tanah setinggan di Kg Simpang Halt.

Sebelum ini, Umno dan kuncu2 tentang habis-habisan dan mencemuh  PR kerana memberi hak milik kekal kepada penduduk kampung baru yang telah bermastautin berpuluh tahun. Nizar dikata kan memberi tanah pada Cina. La ni UMNO beri geran hak milik kekal kat setinggan Kg Simpang Halt pula. Beri sempenan PRK  Bukit Gantang.

Sapa yang duduk kat Kg Simpang Halt tu ! La baca satu lagi surat kat bawah ni.


Zamry arahkan Pengarah PTG mengambil tindakan segera pada permohonan SRJK Poay Eng, Kuala Sepetang yang memohon tanah untuk dibuat padang? Bila PR bagi tanah kat Sekolah Cina… Umno kata Nizar lelong Perak kat Cina. Tapi bila Umno buat sendiri, Umno diangkat sebagai pejuang Melayu…mempertahankan hak Melayu! Itulah mohon restu rakyat untuk merasuah namanya.                              http://perakdaily.com/

Tiada ulasan: