"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Blogger Terlampau?

Sesetengah blogger, akibat terlalu taksub dengan sesetengah pihak atau sesetengah pempimpin atau sesetengah fahaman, akan bertindak memberi pendapat yang keras dan kadangkala melulu. Mungkin IB sendiri pun mungkin juga boleh terpengaruh dengan suasana maka tertaip pandangan bagi sesetengah orang ianya agak berat sebelah.

Dalam kekecohan pemilihan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini, kita boleh lihat sokongan yang ditunjukkan sesetengah pihak – ada yang boleh dikatakan agak keras dan agak melulu sehingga berlaku “character assasination”. IB sendiri menyuarakan agar para pemimpin PASJanganlah Ghairah Hendak Bertanding - ukurlah diri kita, kemampuan untuk berjasa, penerimaan ahli, penerimaan rakan-rakan seperjuangan, dan sebagainya.

Tetapi, bagi seseten gah bloggers ada yang terus hentam sesetengah calon dan dikaitkan dengan beberapa perkara yang bukan-bukan sehingga melodehkan strategi jangkajauh kita dan melemahkan kita dengan mendedah pelbagai perkara yang tidak sepatut dan melaga-lagakan kita dan menguntungkan musuh. Musuh senyum lebar …

IB petik satu posting di bawah ini sebagai satu gambaran. Tidaklah IB setuju 100% dengan penulisnya tetapi itulah hasilnya apabila kita hentam seseorang dengan pelbagai teori (dan mungkin juga fitnah) yang akhirnya banyak membongkarkan kelemahan diri kita apabila fakta atau rententan peristiwa tidak berlaku seperti kita tuduh.

Sekian, IB
*********************************

Petikan dari Tranungkite Online:
KICKDEFELLA & MALAYSIA WAVES.. SIAPAKAH MEREKA.. AGEN UMNO??

“Al-hamdulillah, akhirnya pd Isnin 22/06/2009 telah selesai suatu konflik yg melanda PAS dalam 1 – 2 minggu yg lepas.. Tok Guru Nik Aziz telah dengan rendah diri menarik balik kenyataan beliau terhadap Ust Nasharuddin Mat Isa..
Antara petikan dari kenyataan Tok Guru Nik Aziz adalah seperti berikut ;
“Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang20diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.”
“sumber Malaysiakini”
Apakah maksud dari kenyataan ini ;
1) Segala tuduhan buruk kpd Ust Nasha adalah mainan dr media UMNO
2) Segala tuduhan kepada Ust Nasha sebelum ini adalah FITNAH
Saya secara peribadi, terfikir, siapa kah yang banyak melakukan fitnah terhadap Ust Nasha sehingga wujud salah tanggapan dikalangan pimpinan PAS terhadap Ust Nasha??
Adakah mereka ini yg digelar sebagai “permainan politik UMNO“??
Cuba para pembaca merujuk Artikel dr Blog Kickdefella ;
http://kickdefella.wordpress.com/2009/06/16/selepas-racun-lipas-najib-sedia-sapukan-gam-tikus/
Cuba rujuk pula Artikel dr Blog Malaysia Waves ;
http://www.malaysiawaves.com/2009/06/apabila-pembohong-menjadi-su-agung-pas.html
Dalam kedua2 blog ini, terkandung pelbagai tohmahan terhadap pimpinan2 PAS.. Terdapat pelbagai kata – kata nista dan FITNAH terhadap pimpinan..
Dalam masa sama, kedua – dua pemilik Blog ini menggambarkan mereka semacam Orang KUAT PAS.. Pendokong TEGAR PAS.. Ahli Seumur Hidup PAS..
Menjadi persoalan di benak fikiran saya ialah ;
1) Adakah mereka menjadi “Agen UMNO” bg memecah belah kan PAS??
2) Jikalau mereka benar – benar Ahli PAS, adakah mereka seperti Agen CIA yg dihantar Amerika yg di hantar UMNO untuk menyusup ke dalam PAS bg melakukan FITNAH terhadap pimpinan – pimpinan PAS?? Sehingga kebanyakan Pimpinan dan Ahli PAS terpedaya dan termakan dengan FITNAH ini????
Saya tak berniat menuduh, tetapi CURIGA…
Kepada pembaca yg mengenali Kickdefella & Malaysia Waves ini, tolong lah jelaskan.. SIAPAKAH MEREKA?????

http://ibrahimbaba.wordpress.com/

Tiada ulasan: