"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

"Rosmah Perempuan Puaka" : Polis siasat pemimpin PKR

Seorang pemimpin PKR mendakwa dihubungi dua anggota polis cawangan khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang kini tersebar luas di internet.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau dihubungi mereka – dipercayai dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan – berhubung penerbitan video klip itu.

"Saya kata, saya tidak tahu tentang penerbitan video itu. Saya dapat tahu pun selepas baca blog Selamatkan Umno (www.selamatkanumno.blogspot.com) dan Malaysia-Today.

"Saya cuma muatkan balik dalam blog saya selepas itu. Terpulanglah kepada pembaca (untuk menilainya)," katanya kepada
Malaysiakinihari ini.

Badrul Hisham berkata, beliau pertama kali dihubungi anggota polis Kuala Lumpur, yang dikenalinya, pada hari awal minggu lalu.

Sehari selepas itu, tambahnya, beliau dihubungi pula seorang lagi anggota polis cawangan itu dari Negeri Sembilan - juga dikenalinya - bagi mencari siapakah pihak di belakang penerbitan video itu.

Dalam perbualan telefon kira-kira sepuluh minit itu, Badrul Hisham berkata, beliau telah memberitahu pihak berkuasa bahawa beliau tidak terlibat dan tidak tahu-menahu pihak yang terlibat menerbitkan siri dokumentari pendek itu dalam bentuk video.

Malaysiakini minggu lalu melaporkan, sejak awal bulan ini,video itu memberikan label liar "perempuan puaka" terhadap isteri Datuk Seri Najib Razak.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: