"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PR tubuh jawantankuasa Parlimen ikut Kementerian

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam telah mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.

Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab.

Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.

Menurut kenyatan media yang di keluarkan jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat.

Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Selain itu, kenyataan itu turut mengumumkan Ketua Whip bagi parti masing-masing iaitu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bagi PAS, Mohamed Azmin Ali (KeADILan) dan Tan Seng Giaw (DAP).


Tiada ulasan: