"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sakit rohani punca rosak akhlak

Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 28 Jun (Hrkh) - Kerosakan akhlak yang berlaku di kalangan umat Islam sekarang antaranya berpunca kerana rohani mereka sakit.

Namun mengubat rohani yang sakit sukar kerana kaedahnya tidak sama dengan mengubati penyakit fizikal.

Hanya kaedah perubatan Islam sahaja mampu mengubat rohani seseorang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, penyakit fizikal sebenarnya bermula daripada masalah dalaman.

"Hanya perubatan rohani yang mengunakan cara rawatan Islam boleh mengubat penyakit tersebut. Kesan penyakit itu dapat dilihat apabila keyakinan terhadap agama berkurangan sehingga berlaku gejala murtad.Image

"Tanda-tanda penyakit awal rohani antaranya menolak hukum hudud. Dan penyakit rohani paling bahaya ialah syirik kepada Allah.

"Manakala pencegahan awal iaitu menjaga kesihatan dengan mengambil makanan yang halal," katanya ketika merasmikan penubuhan cawangan Darussyifa' Negeri Kelantan, di Kompleks Purnama, baru-baru ini.

Mohd Amar juga berkata, dasar kerajaan negeri Membangun Bersama Islam adalah usaha awal kerajaan Kelantan menjaga penyakit rohani rakyat di negeri ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Penasihat Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Dato' Dr Harun Din.


Tiada ulasan: