"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar: Sehari bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang

Johari Jaffar

BUKIT GANTANG, 1 Julai (Hrkh) - Melawat kawasan dan meninjau sendiri masalah rakyat adalah acara rutin Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin ketika melawat kawasannya.

Pada 26 Jun lalu beliau mengadakan lawatan, seperti biasa pada hari Jumaat itu, Dato' seri memulakan acaranya lawatannya dengan singgah di Masjid Matang Road dan turut memberikan sedikit tazkirah serta menjadi imam solat jumaat.

Selepas menghadiri jamuan tengah hari di rumah Ketua MTD Kuala Sepetang Haji Zahari Osman, Dato' Seri menuju ke Pulau Sangga, sebuah pulau yang tidak jauh dari Kuala Sepetang.Penduduk yang tinggal di sini tidak ramai cuma 50 keluarga sahaja. Terdapat lebih kurang 300 nelayan di sini.

Keadaan Pulau Sangga jauh terpencil amat daif walaupun 50 tahun merdeka tetapi keadaan yang sama sahaja. Di sini tidak ada kemudahan bekalan elektrik. Penduduk mengharapkan kuasa generator sahaja untuk membekalkan elektrik. Mereka juga mengharapkan air hujan untuk keperluan minuman dan memasak. Penduduk 50 keluarga di sini dinafikan hak mereka sebagai rakyat. Inilah 'kejayaan' BN memerintah negeri ini.

Kedatangan Nizar disambut mesra, kepada beliau mereka mengadu. Mereka mengharapkan kemenangan Nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang pada pilihanraya kecil kawasan itu baru baru ini sekurang-kurang memberikan sedikit 'cahaya pengharapan', memperjuangkan nasib mereka yang telah dinafikan oleh pimpinan MCa dan BN.

Sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar amat memahami penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh penghuni di pulau ini. Beliau seboleh mungkin mahu membantu mereka mengikut keupayaan yang ada .

Beliau turut berjanji akan meneruskan apa yang telah dijalankan oleh Allahyarham Roslan Shaharum termasuk memberikan bantuan diesel. Nizar berjanji memberi sumbangan peribadi beliau untuk membiayai perbelanjaan minyak diesel untuk Generator kegunaan kampung dan sekolah sebanyak RM3000 setahun.

Di samping itu Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang juga membayar bayaran air bersih kegunaan penduduk pada harga RM180 - RM200 sebulan kepada operator air. Beliau juga telah memberikan sumbangan peralatan sekolah kepada murid murid sekolah di pulau itu.

Seluruh penduduk gembira dengan kehadiran Nizar dan rombongan dan mereka mengucapkan ribuaan terimakasih di atas keprihatinan Dato' Seri Nizar.

Pada sebelah malamnya pula Nizar telah melakukan perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang. Kehadiran tetamu jemputan 250 orang,termasuk Adun Kuala Sepetang Tai Sing Ng, Adun Aulong, Yew Tian Hoe, Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang Ustaz Nordin dan pimpinan PAS kawasan yang lain.

Dalam ucapannya, Nizar meminta seluruh ahli dan patugas parti bersiap sedia menghadapi pilihanraya Negeri Perak . Beliau memberikan beberapa sebab kenapa pilihanraya tersebut akan diadakan ,antaranya banyak peruntukan tidak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) ,bajet Kerajaan Pusat akan dibentang pada bulan September,sementara itu DUN Perak perlu bersidang pada bukan Oktober.

Persidangan Oktober nanti juga akan bercelaru ,kerana kedudukan speaker pun masih tidak sah,ini boleh menyebabkan bajet kemungkinan tidak boleh luluskan,jabatan kerajaan seperti JKR,JPS dan Pihak Berkuasa tempatan tidak boleh bergerak lancar.

Justeru langkah terbaik adalah membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula.


Tiada ulasan: