"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno/BN: Polis jahat, polis baik

Oleh: Bakaq a.k.a. ~penarik beca

Dalam artikel Malaysia Today 2/7/09 bertajuk "
Director of the CCD who investigated these cases was severely dealt with," Raja Petra Kamarudin mendakwa:
'Jenayah' yang dilakukan oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof ialah kerana beliau menahan kepala-kepala kongsi gelap yang mempunyai hubungan dengan polis di samping membuka fail serta melancarkan siasatan ke atas perbuatan rasuah, salah guna kuasa, kepentingan bercanggah dan salah urus MAS ketika pihak atasan mengingatkan beliau supaya jangan melakukan perkara itu.

Kenapa pihak atasan mahu menutup sindiket jenayah Cina dan penyiasatan ke atas MAS dan meletakkan kes-kes itu dalam kategori NFA (tiada tindakan selanjutnya)?
Dan, jangan tak baca kenyataan Lim Kit Siang bertajuk "100 reasons why Malaysia needs a new Inspector-General of Police".

Semalam, saya disoal siasat oleh pegawai polis dari JSJK yang menyatakan dia buat kerja kerana menjalankan tugasnya (maksudnya supaya beliau dapat gaji yang halal dan bukan makan gaji buta). Yang lain-lain, kata dia, itu urusan "Yang di atas nu" (Allah).

Kalau dia betul-betul buat semua kerja yang dia patut buat dengan ikhlas (istilah dia juga) supaya dia dapat gaji yang halal dan bukan makan gaji buta, apa jaminan dia tak akan menerima nasib seperti Ramli yang juga bekas bos dia?

Semua orang nak mempercayai polis. Masalahnya, sampai bila polis jahat dibiarkan tanpa diambil tindakan? Polis baik saya tak usik.
http://penarikbeca.blogspot.com/

Tiada ulasan: