"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PPSMI: Jaminan Kementerian Pelajaran berita menggembirakan dalam sehari dua?

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi memberi jaminan keputusan berhubung kedudukan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menggembirakan semua pihak.

Katanya, beliau percaya kerajaan akan bertindak responsif dalam isu PPSMI yang menjadi polemik sehingga hari ini.

"Kita berharap sesuatu yang positif akan dikemukakan kerana perkara ini sudah pun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno minggu lalu.

"Apa pun keputusannya, ia akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) kerana perkara ini melibatkan dasar kerajaan dan kita harap ia dapat diselesaikan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Ke-38 di sini malam ini.

Mohd Puad juga berkata, kerajaan perlu menjalin hubungan yang lebih erat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Gapena supaya pandangan mereka dapat diambil kira dalam membuat dasar kerajaan.

"Kesilapan kerajaan sebelum ini adalah kita terpisah dengan golongan ini termasuk budayawan dan kaum Melayu yang berpengaruh dan ini harus diperbetulkan.

"Pandangan mereka harus didengar supaya kerajaan mempunyai pelbagai sumber maklumat," katanya.

Katanya, untuk tujuan itu, kerajaan mungkin boleh memanggil NGO Melayu untuk mengadakan perbincangan bersama.

"Selain itu, resolusi yang diserahkan oleh badan-badan ini perlu dipertimbangkan dalam menentukan dasar dan membuat keputusan," katanya. Sumber/mstar.com

Berita menggembirakan yang dijanjikan oleh Puad Zarkashi mungkin merupakan sebahagian dari kempen pilihanraya Manek Urai dalam usaha menarik pengundi-pengundi melayu yang telah lari meninggalkan Umno. -kerengga

Tiada ulasan: