"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendatang Asing - malapetaka dalam senyap / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

hidup_akhirat
Setiap bulan, kira-kira RM 1 billion transaksi wang dibuat oleh pekerja asing kenegara asal mereka.

Jepun tidak menggunakan khidmat pekerja asing. Kenapa ?Apabila kerajaan membelanjakan 10 juta untuk suatu kontrak projek pembinaan, 3 juta akan pergi kenegara asing jika menggunakan pekerja asing.
Jika menggunakan pekerja tempatan, wang 3 tiga juta tadi akan pergi kekedai runcit, kedai perabut, bayar elektrik, telefon dan dari tempat-tempat tadi akan pergi ketempat-tempat lain dan tidak akan berakhir walau pun disimpan dalam Tabung Haji, ASN, bank atau lain-lain. Inilah yang dinamakan ransangan ekonomi.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi masaalah ini, tapi mengapa kerajaan langsung tidak berusaha mengatasinya. Kerajaan Jepun memandangnya sebagai suatu isu yang amat penting.

ANTARA CONTOH CARA MENGATASINYA:

Mengatasi masaalah pekerja sektor pembinaan:

Jika gaji pekerja sekarang RM 60.00 sehari , tambahkan jadi RM 100.00. Mungkin ramai pekerja tempatan yang akan memasuki sektor ini. Tambahan gaji RM 40.00 itu akan dibayar terus kepada pekerja, sebulan sekali oleh kerajaan. Gaji biasa RM 60.00 akan dibayar oleh majikan setiap minggu seperti biasa. Penyelewengan tidak boleh berlaku kerana tambahan RM 40.00 itu dikira didalam kos kontrak.

Jika ini dapat dilakukan, bayangkan RM 1 billion sebulan akan mengalir dan bertukar tangan dikalangan rakyat Malaysia.

Mengatasi masaalah pembantu rumah:

Kerajaan membina rumah asuhan kanak-kanak. Pekerjanya dibayar gaji oleh kerajaan. Ibubapa membayar kepada kerajaan seperti mana murid sekolah membayar yuran peperiksaan kepada kerajaan. Dari yuran ini kerajaan dapat membayar gaji menyedia kos menyelenggara.

Bagaimana mengatasi pekerja ladang:

Majikan membayar gaji seperti biasa. Tambahan kepada gaji dibayar terus kepada pekerja sebulan sekali seperti pekerja sektor binaan. Penyelewengan tidak boleh berlaku kerana tambahan gaji adalah dikira pada jualan kelapa sawit dimana kerajaan kena beli mahal sedikit dan dikira subsidi.

Jika ini dapat dilakukan, selain dari akan berlaku lonjakan ekonomi, akan dapat pula mengatasi masaalah pekerja asing menggunakan barangan yang di subsidi, mendapat ubat di klinik kerajaan dengan bayaran seolah-seolah percuma, masaalah jenayah dan pusat tahanan imegresyen, masaalah jangkitan penyakit, masaalah sosial dan puluhan lagi masaalah yang berkait dengannya dapat diatasi.

Tiada ulasan: