"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Mampu Tepis Politik Kotor-Hadi Awang / Nizar / PKFZ / Zambry

Presiden Pas,Datuk Sri Hadi Awang menegaskan kewajipan dan tanggungjawab ahli Pas dalam mempertahankan parti aliran Islam itu.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Seminar Memperkasakan Parti itu di markas Pas di Gombak pagi ini.

Dalam ucapannya.beliau turut menyentuh sejarah penubuhan parti yang memperjuangkan politik berlandaskan Islam bagi menyuntik semangat perjuangan parti yang kian melemah.

Ini ekoran pelbagai fitnah dan kontroversi yang melanda gagasan parti pimpinannya sejak kebelakangan ini.

Beliau menyeru agar pendukung parti ini terus setia dalam memantapkan jentera pertahanan parti agar tidak tenggelam dalam sistem demokrasi negara yang menurutnya sangat tidak adil.

Sebagai parti yang paling berpengalaman di persada politik negara, Pas menganggap ujian yang dihadapi sekarang hanyalah satu lagi cabaran yang boleh ditepis.

Menurutnya, kejayaan Pas dalam pilihanraya lalu hasil gabungan dengan parti pembangkang lain,menunjukkan satu perubahan dalam politik negara memerangi sistem kezaliman di bawah Barisan Nasional.

Hadi turut menyatakan bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dengan mengekalkan politik Islam disamping menjaga kebajikan pengundi bukan Islam juga.
-tvselangor.com-

Tiada ulasan: