Hari tu, ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi Jumaat ini bagi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain, sedap-sedap mulut dia kata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald.
Dalam berita Harakah Daily 9/1/10 bertajuk “Hanya yang merasa dilindungi berani bakar gereja“, Mohamad Sabu dipetik berkata:“Umpamanya, kalau si ayah kata anaknya tidak boleh dihalang apabila si anak hendak memilih provokasi terhadap jiran, tentulah anaknya fikir bakar rumah jiran pun si ayah tak akan halang”.
Lepas tu, Hishammuddin berlagak macam hero filem Tamil pula dan berkata “kita tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk ISA”.
Semalam, macam wali Bukit Bintang dia minta pembangkang bertaubat kononnya kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.
Hoi, pecacai siapa yang menjadikan isu kalimah Allah sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman? Pecacai siapa yang bikin provokasi?
Siapa yang baling batu sembuntyi tangan dalam isu tersebut? Ingat senang-senang rakyat nak tereperangkap dalam politik baling batu sembunyi tangan? Hang ingat kami ni nodoh sangat ka? Inilah masalah pemimpin Umno, tak habis-habis depa ingat kita ni bangang sangat macam depa.
-tkodaily-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan