"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kickdafella diancam kapak terbang?

Seorang penulis blog diancam dengan kapak terbang, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan negeri.

Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian itu berlaku hampir jam 11.00 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah. Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya.

"Saya pun keluar untuk melihat apa yang berlaku tetapi kereta itu terus bergerak. Lepas itu saya nampak cermin kereta saya pecah dibaling dengan kapak," katanya.

Menurut coretan di blognya hari ini, kapak berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang keretanya dan terpelanting lebih dua meter.

"Tengah hari tadi (semalam) saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana
posting (tulisan) saya yang negatif terhadap keluarga menteri besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta," kata Syed Azidi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: