"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DS Haji Nizar selamat balik ke rumahnya

Alhamdulillah, hari ini pada jam 12.30 tengahari tadi, DS Haji Nizar telah keluar dari hospital besar Ipoh dengan diiringi oleh isteri beliau. Ramai yang datang dan mengerumuni beliau untuk mengucapkan 'selamat'.

DS. Nizar dan Isteri bertanyakan sesuatu kepada pelawat sebelum meninggalkan Hospital Raja Pemaisuri Bainun.

Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Jalan Raja Nazrin Shah, Ipoh pada khamis, 7 Januari lalu. Beliau hanya mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di siku kanannya dengan hanya satu jahitan

Beliau telah dimasukan ke Ward 8 hingga hari ini untuk rawatan dan pemerhatian pakar perubatan kerana dikhuari mengalami cedera dalaman.

Walau bagaimana pun, beliau sempat mengimami solat fardhu Jumaat di masjid bersebelahan pada Jumaat yang lepas setelah diminta sendiri oleh imam yang bertugas sebagai menghormatinya.

24 Muharram 1431
http://alhusseyn51.blogspot.com

Tiada ulasan: