"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pejabat peguam Herald diceroboh

Pejabat seorang peguam mingguan Katholik, Herald, di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya dipecah masuk malam tadi.

Derek Fernandez berkata pencerobohan itu dilakukan oleh "profesional" apabila kamera CCTV disembur cat hitam, sementara jeriji besi dipecah menggunakan peralatan kerja berat.

"Saya percaya tindakan ini bertujuan menakut-nakutkan kami dalam kes ini (Herald)," katanya.

Timbalan ketua siasatan jenayah Selangor, ACP Khau Kok Chin mengesahkan sebuah komputer riba, wang tunai dan beberapa dokumen dilaporkan hilang.

Komputer riba itu bukan milik Fernandez tetapi milik rakan kongsinya.

Rakan kongsinya yang tidak mahu namanya disebut berkata, komputer riba itu mengandungi beberapa dokumen sulit.

Khau berkata, polis sedang menyiasat dari pelbagai sudut.

Beliau juga mengesahkan bahawa CCTV di tingkat satu telah disembur dengan cat.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: