"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Menteri, Exco, Adun perlu isytihar harta

Harakahdaily
MELAKA, 7 Mac:
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Exco kerajaan negeri dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk daripada Pakatan Rakyat (PR) mengisytiharkan harta masing-masing bagi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pimpinan BN dan PR di negeri ini bersih dan telus.

Ketua Penerangan PAS negeri, Sofi Wahab berkata, selagi perkara itu tidak dilakukan, rakyat akan terus syak wasangkan kepada Mohd Ali, Exco dan semua wakil rakyat negeri ini.

Menurutnya, terlalu banyak tuduhan dan tohmahan yang ditujukan khasnya kepada Ketua Menteri, Exco dan Adun BN yang antara lain menyatakan mereka mengumpul kekayaan dan harta yang tidak setimpal dengan pendapatan dan elaun masing-masing.

Tambahnya, Ketua Menteri dan Exco kerajaan negeri mesti berani mengisytiharkan harta masing-masing kerana dengan cara itulah sahaja rakyat dapat diyakinkan dan dapat menutup tuduhan mereka melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Oleh kerana itu, saya menggesa kepimpinan negeri ini mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat bagi membersihkan nama mereka,” ujarnya.

Pengisytiharan itu, katanya mestilah merangkumi harta isteri dan anak-anak mereka.

Beliau berkata, pengisytiharan itu mesti dilakukan di dalam Dun Melaka dan disiarkan di dalam media bagi membolehkan semua rakyat mengetahui fakta sebenar tentang harta mereka.

Sebelum ini, Sofi merasa kesal dengan tindakan Dun Melaka menolak usul Adun PR yang meminta Dun membahaskan usul supaya Ketua Menteri, Exco dan Adun mengisytiharkan harta masing-masing.

“Penolakan ini menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan ketelusan mereka. Apa yang hendak mereka takutkan jika benar mereka bersih dan telus,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: