"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tumbuk teman wanita kerana tidak diberi wang

KUANTAN, 30 Mac: Ketika sedang berpacaran, seorang lelaki menumbuk dan memukul teman wanitanya kerana tidak diberi wang yang dimintanya daripada wanita tersebut.

Kejadian berlaku berhampiran kawasan asrama pekerja sebuah kilang di Padang Lalang di sini 9.00 malam tadi.

“Lelaki berusia 20-an terbabit secara tiba-tiba meminta sejumlah wang daripada teman wanitanya yang berusia 18 tahun, namun selepas permintaannya tidak dituruti, dia bertindak memukul bahu mangsa. “Malah dia bertindak menumbuk muka dan badan mangsa,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha.

Nordin berkata lelaki tersebut turut merampas telefon bimbit dan wang RM100 milik mangsa sebelum melarikan diri.

Katanya mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Beliau berkata polis sedang memburu lelaki terbabit yang mendampingi mangsa tiga bulan lepas.

-Bernama-

Tiada ulasan: