"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setiap Anak MJ Dapat Lebih RM 108 Juta!

Bintang pop, Michael Jackson menunjukkan Anugerah Golden Bambi semasa Majlis Anugerah Bambi di Berlin pada 21 November 2002. - Foto AP

MICHAEL Jackson khabarnya telah meninggalkan lebih RM 108 juta untuk setiap seorang anaknya yang berjumlah tiga orang.

Perkara itu didedahkan dalam wasiat yang ditinggalkannya.

Bagaimanapun, Prince, sekarang berusia 13 tahun, Paris, 12, dan Blanket, 8 - tidak dapat memperolehi jumlah itu sehingga mereka berusia 30 tahun.

Selain itu, mendiang turut meninggalkan ibunya Katherine dengan RM 326 juta.

Raja Pop itu tidak meninggalkan apa-apa kepada bapa, adik-beradik dan bekas isterinya.

-mstar-

Tiada ulasan: