"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dun Perak: Adun Pakatan bincang esok

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 7 Julai:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak akan bermesyuarat esok bagi membincangkan sama ada hadir atau sebaliknya ke persidangan Dun pada 3 Ogos ini seperti notis yang dikeluarkan Speaker BN, R Ganesan.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
(gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Pakatan Rakyat tetap konsisten tidak mengiktiraf Ganesan sebagai speaker, apatah lagi notis panggilan yang dikeluarkannya.

Sehubungan itu katanya, Pakatan Rakayat negeri akan membincangkan berhubung perkara itu esok, sebelum diputuskan secara rasmi oleh Pakatan Rakyat di peringkat pusat.

"Kami konsisten tidak mengiktiraf bukan sahaja Ganesan sebagai Speaker, juga Zambry sebagai Menteri Besar.

"Kita akan bincang beberapa opsyen yang ada, sama ada Speaker sah V. Sivakumar perlu keluarkan notis, dan sama ada kita tidak hadir, itu antara pilihan kita ada," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika ditemui Harakahdaily di parlimen.

Tambahnya lagi, Adun Pakatan Rakyat perlu berhati-hati membuat keputusan agar tidak diberi gambaran buruk oleh BN seperti sebelum ini.

Sebelum ini jelasnya, kehadiran Adun Pakatan telah digambarkan sebagai pengacau dan budak-budak oleh pemimpin BN.

"Kami perlu berhati-hati membuat keputusan agar tidak diberi gambaran buruk kepada rakyat," katanya.

Kali terakhir, Dun Perak bersidang adalah pada 30 dan 31 Mac lalu dengan mencatatkan sejarah sidang Dun paling singkat setakat ini.

Tiada ulasan: