"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Felda tak Bankrap, tak caya tanya makcik ni

amkns
Tak habis-habis tuduh Felda Bankrap. Apalah korang ni puak-puak pembangkang kerajaan ni, tak bersyukur betul. Pergilah cari negara lain kalau tak tahu nak bersyukur. Cuba tanya pasangan keluarga bahagia ini di Felda Bukit Jalor iaitu pakcik Ramlan Osman dan makcik Siti Raefah Ishak. Merekalah yang akan mempertahankan bermati-matian bahawa Felda tidak akan Bankrap, Dulu , Kini dan Selamanya.

Sepatutnya mereka yang berdemonstrasi membantah akhbar Suara Keadilan membawa sekali pasangan keluarga bahagia ini dari Felda Bukit Jalor sebagai bukti Felda tidak Bankrap.

Lepas demonstrasi boleh bawa semua pemimpin Felda pergi melawat rumah pasangan keluarga bahagia ini di Felda Bukit Jalor.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menziarahi pasangan keluarga bahagia ini di Felda Bukit Jalor marilah kita baca keratan akhbar menceritakan kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang pasangan keluarga bahagia ini pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/07/felda-tak-bankrap-tak-caya-tanya-makcik.html

Sila klik pada keratan akhbar pada pautan tadi.


Tiada ulasan: