Mohd Sayuti Omar
ADA desas desus mengatakan Najib Razak akan rombak kabinetnya. Masanya ialah selepas Umno mengadakan mesyuarat MTnya 28 November ini. Ketika ditanya wartawan semasa sidang akhbar sempena hari raya Aidil Adha, Najib tidak menafikan desas desus itu. Beliau hanya kata, kalau ada, adalah, kalau tak ada tak ada lah.
Memang untuk tidak menganggu minda para menterinya, Najib tidak akan menyatakan iya atau tidak. Sudah tentu kalau Najib mengiyakan ia boleh menyebabkan para menterinya tidak lena tidur. Ada yang gelisah sepanjang malam mengenangkan nasib.

Dunia politik adalah dunia magik. Hari ini orang boleh jadi menteri, esok, tuk tuk sudah jadi orang biasa. Hari ini berjalan dikawal oleh polis dan pegawai peribadi, esok berjalan sendiri tanpa dikawal sesiapa, melainkan isteri tua. Isteri muda pun bila suami sudah tidak jadi menteri rasa geli untuk berjalan sama.
Jadi apabila Najib tidak menyebut itu maka damailah sikit. Namun ia tetap gelisah dan resah. Mana-mana menteri yang merasakan dia kurang selamat kerana sebab-sebab tertentu mula berfikir ke mana selepas ini. Ada juga yang pergi jumpa tok guru meminta doa agar mereka selamat.
Kelmarin semasa hari raya Aidil Adha ada seorang kawan memberi tahu seorang menteri mendatangi ke rumah seorang ustaz yang juga katanya boleh berbomoh. Ustaz ini dikatakan pandai menilik dan membuat nujuman. Katanya menteri berkenaan meminta ustaz berkenaan agar berdoa untuknya. Katanya juga menteri berkenaan bagi wang RM1,000 kepada ustaz berkenaan, apabila ustaz berkenaan menujum menteri berkenaan akan tidak terlibat dengan rombakan kabinet akan datang.
Elok juga kalau Najib merombak kabinetnya. Dalam tempoh dua tahun rasanya Najib sudah boleh membuat penilaian menteri mana yang boleh membuat kerja dan menteri mana yang hanya beretorik sahaja. Sekaligus rombak atau buang juga mana-mana timbalan menteri yang tidak memberi kesan kepada transformasi yang Najib laung-laungkan itu.
Rasanya semua orang termasuk rakyat biasa juga dapat mengagak dan melihat sendiri sejauh mana pencapaian menteri dan timbalan menteri berkenaan. Cuma bila sebut fasal rombak kabinet ini, sedikit masalah kepada Najib ialah beliau (BN) tidak ada orang untuk dijadikan menteri. Anggota Umno hanya berapa orang saja. Kalau buang dan tarik ia terkena atas orang yang sama kualitinya.
Inilah bahana kalau sudah kehilangan majoriti di Parlimen dan Umno kehilangan tokoh akibat kalah dalam pilihan raya. Jika kalau benar sungguh Najib tidak bercadang untuk membuat rombakan, sebabnya ialah kerana kekurangan tokoh untuk dijadikan menteri. Jadi hendak tidak hendak Najib terpaksa juga mengekalkan menteri yang ada hingga habis penggal parlimen ke 12 ini.
Seperkara lagi bila sebut fasal rombakan kabinet, apakah Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya merampas kerusi Dun Galas baru-baru ini akan dibawa masuk dalam kabinet. Atau pun beliau akan diberi peranan dalam kerajaan. Atau dalam kata tepatnya apakah kejayaan Razaleigh itu akan diiktiraf dan Umno akan memberi peranan kepadanya.
Ada angan-angan oleh pihak tertentu mengharapkan Razaleigh akan dibawa masuk ke dalam kabinet atau pun diberi peranan besar kepada bekas Menteri Kewangan itu. Kalau beliau perlu di bawa masuk ke dalam kabinet, jawatan yang sesuai dan layak ialah menjadi Menteri Ekonomi... Razaleigh boleh memantau ekonomi luar negara dan juga dalam negeri.
Jika tidak jawatan menteri kabinet, post yang paling sesuai untuk beliau terajui ialah selaku penasihat Petronas mengganti tempat Dr Mahathir Mohamad. Post ini amat sesuai memandangkan Razaleigh pernah menjadi pengerusinya dan salah seorang yang menjadi pengasas penubuhannya.
Ini yang sedang diperhatikan oleh orang ramai. Sekiranya tidak berlaku rombokan kabinet dan kedudukan Rzaleigh tidak berubah daripada kedudukan dan status sekarang maka jelaslah apa dibimbangkan sebelum ini menjadi kenyataan. Bahawa kesediaan Umno untuk memberi peranan kepada Razaleigh dalam pilihan raya kecil Galas itu sebagai pengarah hanya usaha bagi mengelakkan Umno malu saja dan bukan pun untuk menggunakan pakai Razaleigh sepenuhnya. Dan kalau ini terjadi maka tertipulah Razaleigh ditangan Umno untuk kesekian kalinya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan