"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tawaran Seks Untuk Pemimpin Negara! Apa mau jadi?

Saiful Bahri
Apabila seorang wanita cantik dan terkenal menawarkan seks kepada pemimpin Negara bagi merubah sesuatu keputusan yang beliau memiliki kuasa atasnya. Apakah itu suatu bentuk rasuah atau sejenis pengorbanan? Apa pandangan rakyat? Apa hajat Pemimpin Negara?

 Apa perasaan suami wanita tersebut? Apa perasaan isteri pemimpin tersebut? Salah buat boleh kena C-4 ni! Ada yang nak berkecai daging atas pokok!

Dalam dunia moden seperti ini kekadang manusia sudah hilang kewajaran atau bagi mereka itulah tahap dan status tinggi bagi seseorang manusia? Berita dari Jerman…



BERLIN: Seorang pengacara televisyen Jerman dan aktivis anti nuklear, Charlotte Roche menawarkan diri untuk melakukan hubungan seks dengan Presiden negaranya yang sudah beristeri jika undang-undang kontroversi untuk melanjutkan jangka hayat 17 reaktor nuklear Jerman dimansuhkan, lapor sebuah akhbar.

Pengacara berusia 32 tahun yang pernah menerima anugerah tertinggi kewartawanan Jerman itu berkata, dia bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan Presiden Jerman, Christian Wulff jika beliau berjaya menghalang pelaksanaan undang-undang tersebut.“Saya menawarkan untuk tidur bersamanya jika dia tidak menandatangani undang-undang itu,” kata Roche dalam satu temu bual dengan majalah Der Spiegel.

Wanita itu menyatakan, beliau telah berbincang mengenai perkara ini dengan suaminya yang tidak menghalang tawaran tersebut. "Suami saya telah menyetujuinya. Tinggal urusan first lady iaitu Bettina isteri kepada Presiden Jerman saja sekarang," ujarnya menunjukkan kemantapan keputusannya.

Peruntukan undang-undang untuk memanjangkan hayat 17 buah reaktor nuklear yang berusia lebih 12 tahun itu sepatutnya berakhir pada tahun 2020. Undang-undang itu diwujudkan oleh pentadbiran terdahulu dan diluluskan oleh dewan rendah Parlimen Jerman, Bundestag seminggu lalu.

Namun, pemerintah memutuskan bahawa undang-undang baru itu tidak memerlukan kelulusan dewan tertinggi, Bundesrat, dan ia hanya memerlukan tandatangan Wulff untuk disahkan sebagai undang-undang. Roche menjadi popular di Jerman selepas beliau muncul buat kali pertama pada 1988 di televisyen.

Beliau menjadi penganjur tunjuk perasaan bagi menentang pemindahan 123 tan sisa buangan radioaktif dengan menggunakan kereta api di utara Jerman pada minggu lalu.

Apa dah nak jadi? Adakah ini lambing kemodenan hidup seorang yang bernama manusia. Kalaulah zaman dahulu-kala adanya persembahan wanita kepada Gunung Berapi, Sungai Nil, Lembah Puaka dan sebagainya dengan alasaan ianya sebagai korban demi kesejahteraan rakyat semua atau demi mengelak daripada ditimpa bencana. Bagi mereka tempat-tempat demikian sebagai pemilik kuasa yang perlu diberi sembahan korban setiap tahun.

Raja-raja atau pemimpin dahulu-kala juga diberi persembahan wanita cantik bagi memenuhi kebuasan nafsu mereka demi kesejahteraan hidup dengan pangkat dan kemewahan.

Di zaman jahiliyyah Mekah dahulu sebelum diutuskan Rasulullah Saw, penduduk jahiliyyah menganggap wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat semata. wanita hanyalah sebagai barang dagangan yang dapat dijual beli. Mereka tidak memiliki hak peribadi mahupun hak sosial termasuklah hak untuk mewarisi. Sebab itulah mereka sanggup membunuh anak perempuaan mereka hidup-hidup kerana menganggap kelahiran anak wanita itu sial.

Sistem perkahwinan yang berlangsung adalah tidak adil dan tidak didasarkan kepada sesuatu hukum. Tiadanya had bilangan isteri yang boleh dikahwini. Jika dia diceraikan, maka sah bagi putera suaminya untuk mengahwininya.. Jika suaminya mati, penggantinya boleh mengambil hak atas wanita seperti barang-barang lainnya, dan menyatakan pemilik wanita itu dengan melemparkan tudung ke kepalanya.

Antara jenis-jenis perkahwinan di zaman jahiliyyah apabila Si suami berkata kepada isterinya, bila si isteri itu suci dari haidnya “Pergilah engkau kepada si anu dan ambillah keturunannya”, lalu si suami itu tidak mensetubuhi isterinya itu sehingga didapatinya bahawa si isteri itu telah mengandung hasil perhubungan jenis dengan orang yang disuruh ambil keturunannya itu. Dan bila nyata bahawa si isteri telah benar-benar mengandung barulah si suami itu mensetubuhi isterinya itu semula. Perkahwinan jenis ini dinamakan ‘kahwin mencari anak pintar’. Kebiasaanya lelaki yang hendak diambil bakanya itu adalah pemimpin-pemimpin mereka. Wanita dianggap seperti lembu atau kambing untuk dikacuk mengambil baka.

Sehingga datanglah islam yang meletakkan nilai dan tamaddun manusia selayaknya sebagai khalifah Allah diatas mukabumi ini. Adanya adab. Adanya akhlak. Adanya batas sempadan yang membezakan antara manusia dan haiwan.

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan auratnya, kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) … ” Surah An Nur:31.

Amat heran kini apabila manusia kini berpusing semula ke era kegelapan dan jahiliyyah. Hidup kembali sebagai status binatang. Mereka menjadikan hawa nafsu dan syahwat sebagai pedoman. Mengamalkan seks bebas, bertukar-tukar suami dan isteri, pelacuran yang diurus oleh suami yang menjadi bapak ayam, adanya penjualan sperma dan Bank Mani untuk baka pilihan, adanya ibu tumpang, pembuangan bayi dan sebagainya.

Inilah tanda-tanda kiamat. Amat malang apabila persoalan ini dilontarkan, adanya individu muslim berkata… biasalah tu!!!

Tiada ulasan: