"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kulasegaran tolak naib presiden DAP Perak

Bekas timbalan pengerusi negeri M Kulasegaran menolak tawaran daripada pucuk pimpinan baru DAP Perak supaya memainkan peranan sebagai naib pengerusi.
maika holding shareholders meeting 300807 kulasegaran"Selepas menimbangkan semua pandangan dan perkembangan dan suasana dalam DAP Perak, saya putuskan menolak tawaran daripada jawatankuasa negeri," kata Kulasegaran dalam satu kenyataan media.

Bagaimanapun, Kulasegaran berikrar akan kekal setia pada DAP dan Pakatan Rakyat.

"Saya berjanji akan memainkan peranan aktif di peringkat negeri dan politik nasional untuk membantu mencapai dua objektif pilihan raya - demi menawan semula Perak dan menuju ke Putrajaya," katanya.

Dalam pemilihan DAP negeri Ahad lalu, hampir kesemua pasukan Kulasegaran ditewaskan pasukan yang dipimpin pengerusi DAP negeri Ngeh Koo Ham.

Ketika memilih 15 ahli jawatankuasanya, Kulasegaran terlepas peluang apabila mendapat tempat ke-16.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: