"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Canselor UNISEL: Rosmah boleh blah


BESTARI JAYA,  20 NOV: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) di sini hari ini.   

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.  

"Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini.  

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor,"katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, hari ini.  

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.    

Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Februari 2006 akan tamat kontrak perkhidmatan Februari depan.   

Sebelum ini pelbagai pihak dan pelajar Unisel mendesak agar Rosmah meletakkan jawatan sebagai Canselor Unisel kerana kelayakannya untuk menerajui gedung ilmu itu.

Pada satu program yang dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Unisel pada Julai 2009 lepas, seluruh pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bertepuk menyatakan persetujuan apabila salah seorang daripada pelajar mereka mengajukan cadangan untuk menukar Canselor mereka, Datin Paduka Rosmah Mansor.

Cadangan tersebut dibangkitkan pada "Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim" anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) di UNISEL kampus Bestari Jaya.

Susulan daripada cadangan itu, Dato' Seri Anwar yang diajukan soalan, meminta pelajar-pelajar yang ingin Datin Paduka Rosmah Mansor kekal sebagai Canselor UNiSEL untuk mengangkat tangan. Keseluruhan daripada lebih 2,000 pelajar yang hadir, cuma seorang sahaja yang mengangkat tangan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Canselor UNISEL diganti untuk mengangkat tangan. Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka.

Pemuda Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini mendesak kepada kerajaan negeri itu supaya menukar segera Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Rosmah Mansor yang didakwanya tidak layak dan kompeten untuk menduduki kerusi berprestij itu. 
-tvsnews-

Tiada ulasan: