"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN Terima Anggota Langsung Kerana Takut Kepada Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 20 NOV:  Barisan Nasional (BN) meluluskan pindaan  menerima anggota langsung ke parti itu dalam usaha memulihkan kenyakinan pengundi selepas kalah teruk dalam sejarah pada PRU-12.

Ia pindaan paling besar sejak BN ditubuhkan pada awal 1970-an bagi menggantikan Perikatan dengan lebih banyak keanggotaan BN buat kali pertama dalam sejarah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan lima negeri pada pilihan raya umum 2008.

 Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata Dewan Tertinggi yang mengadakan mesyuarat pagi ini meluluskan langkah menerima anggota-anggota langsung sistem yang mirip diguna pakai oleh Perikatan awal 1970-an BN memperluaskan keanggotaan pada 1974 dengan menukar nama asalnya Perikatan.

 Najib berkata BN akan memaklumkan perubahan itu kepada Pendaftar Pertubuhan Najib yang juga perdana menteri berkata Datuk Seri S Samy Vellu menghadiri mesyuarat hari ini selaku presiden MIC buat kali terakhir.
Presiden MIC paling lama itu akan melepaskan jawatannya awal Januari ini Pindaan-pindaan lain yang diterima hari ini ialah membolehkan ahli-ahli politik yang tidak memihak mana-mana parti boleh menyertai BN sebagai anggota bersekutu .

Selain itu BN juga akan menubuhkan kelab Rakan Muda BN bagi menarik penyokong berusia antara 18 dan 21 tahun.

"Anggota-anggota langsung tidak akan mempunyai hak mengundi sebagai parti komponen tetapi kami mahu melihat BN sebagai sebuah parti yang inklusif " kata Najib Najib yang juga Presiden Umno berkata ahli parti komponen yang keluar parti masing-masing tidak akan dibenarkan menyertai BN sebagai anggota langsung .

"Sebagai contoh Datuk Samy Vellu " kata Najib secara berseloroh. Najib juga berkata peraturan baru itu akan dibentangkan pada konvensyennya hujung minggu depan.
-tvsnews-

Tiada ulasan: