"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah diminta isytihar pemilihan PKR tak sah

Bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala hari ini memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan yang diadakan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah.
Jenapala protest outside PKR headquarters crowdBeliau turut memohon injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan itu.

Jenapala dalam samannya yang difailkan peguam Firoz Hussein dari Tetuan Hafarizam Wan& Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Jalan Duta di Kuala Lumpur, turut menyatakan bahawa beliau masih layak untuk bertanding jawatan itu pada 29 Nov ini walaupun dikatakan telah dipecat daripada parti pada 2008.

Beliau selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.
Jenapala protest at PKR headquarters crowdDalam saman itu, Jenapala, 56, berkata pemilihan itu bertentangan dengan haknya sebagai anggota PKR seumur hidup, dan beliau masih boleh bertanding bagi jawatan itu.

Jenapala, yang menjadi Timbalan Setiausaha Agung PKR sejak awal 2008 sehingga peletakan jawatannya secara lisan pada Disember tahu yang sama, telah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 17 Sept lalu.

Dalam samannya, beliau berkata kenyataan Saifuddin pada 20 Sept lalu bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 Sept. 

Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

Beliau menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi selain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-Bernama-

1 ulasan:

Pak Oncu berkata...

Hafarizam,, bukan kah mangkok jamban ni peguam UMNgOk