Seprti biasa umno bergerak menggunakan media2 serta agensi-agensi milik kerajaan. Ini kerana mereka merasakan kemudahan-kemudahan ini nenek moyang mereka punya. Setiap kali bila musim pemilihan barisan pemimpin parti-parti dalam PR berlangsung maka liputan yang luar biasa diberikan sama ada media cetak mahupun media elektronik.
Sebenarnya di alaf baru ini, alaf maklumat dihujung jari dimana maklumat tiada sempadan. Malah majoriti masyarakat hari ini bukannya seperti zaman Pak Pandir. Masyarakat hari ini lincah bukan saja dari segi gerak gerinya malah lincah dalam menilai sesuatu maklumat.
Di Malaysia budaya politiknya masih bersifat ortodok (yang masih dikekal diamalkan oleh parti umno). Hari ini dimana ganjaran, laba dan wang ringgit menjadi taruhan maka budaya politik yang bersifat ortodok ini memberi natijah yang buruk. Oleh kerana memiliki kekuasaan maka ini memberi peluang yang tanpa sempadan untuk para pemimpin tertinggi umno untuk mengumpul dan menghimpun seberapa banyak harta dan wang ringgit. Projek-projek mereka boleh ada-adakan. Kelulusan ditangan mereka. Maka sebab tiap kali datang musim pemilihan dalam umno, ini ialah saat keemasan bagi para perwakilan umno mengumpul 'sedikit' wang dan habuan. Para calon pula tidak teragak-agak melabur untuk memastikan perwakilan mengundi mereka.
Oleh sebab itu apabila PKR memperkenalkan sistem pemilihan baru, ianya memberi tamparan kepada umno. Kebimbangan umno ialah sekiranya sistem pemilihan secara terbuka kepada semua ahlinya berjaya, maka tidak dapat tidak akan kedengaranlah suara dari ahlinya atau bekas pemimpinnya supaya memperkenalkan sistem seperti PKR. Sistem ini tentunya tidak akan dipersetujui sama sekali poleh para pewakilan dan dalam kalangan pemimpin tertinggi umno.
Para pemimpin umno bukannya jenis reti berusaha dan berkerja keras. Mereka dibesarkan dengan budaya JANGAN PINTAS. Nak kaya ada jalan pintas. Begitu juga nak jadi ketua ada jalan pintasnya iaitu MEMBERI SOGOKAN kepada para perwakilan. Rasuah adalah sindrom yang tidak dapat diubati dalam umno.
Oleh itu kita dapati umno melalui media yang mereka kuasai dan juga melalui ejen2 upahan yang berpura menjadi ahli PKR, berusaha keras dalam percubaan mereka menggagalkan proses pemilihan PKR.
Kepada PKR teruskan langkah anda melakukan perubahan bukan saja dalam parti tetapi juga perubahan di Putrajaya. Jangan bimbang dengan rintangan dan halangan. Ingat bukan satu yang mustahil untuk menyingkirkan umno dari tampok pemerintahan. Umno seperti manusia juga ada had umurnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan