"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib sembuh sakit perut, Chua Soi Lek pula kena Alzheimer

DS Najib baru sembuh daripada sakit dan mula bertugas. Beliau nampak ceria. Urusan kerajaan tidak lagi "bengong" kerana isteri yang banyak mewakilinya dalam semua hal.

Tak sampai seminggu Chua Soi Lek pula terkena penyakit Alzheimer. Dalam satu kenyataannya di Twitter Chua ada menulis "Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,"


Rasanya dah berpuluh tahun, bila cuti banyak kedai tutup. Bukan sahaja di Kelantan, malah negeri-negeri lain. Kalau dulunya di Penang, bila Tahun baru Cina, kalau tak ada kedai Mamak, jawabnya tak ada gula dan beras untuk berminggu-minggu kerana masyarakat Cina "raya" sakan.

Kalau nak kata Chua Soi Lek tak tahu tentang 10 Zuhijjah (Raya Kurban) ini cuti umum, dia ini adalah bekas Menteri Kesihatan. Ekkh taraf menteri pun tak tahu pasal cuti Raya Haji ke?

Melainkan dia terkena sakit Alzheimer. Penyakit yang julung kalinya, ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907. Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis 'dementia' yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan dan pertimbangan. Penyakit ini juga membuatkan perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.

Sebelum MCA lebih parah dipimpin oleh seorang yang berpeyakit adalah lebih baik puak-puak UMNO/BN berhati-hati kerana kenyataan-kenyataannya akhir-akhir ini banyak menimbulkan kontroversi agama di negara ini.

Mana PERKIDA? Mana Ibrahim Ali? Mana juara agama?


BatuApi @ FireStone

Tiada ulasan: