"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid Ibrahim api dalam sekam PKR?

Abdullah Ngah

Datuk Dr Harun Din pernah ingatkan PAS dengan "api dalam sekam" dan tidak mustahil betapa banyak api dalam sekam dalam PKR. Lebih lebih lagi, orang PKR adalah orang umno yang memang akan ada perkara yang tak kena berlaku.

Dahulu seorang demi orang ahli parlimen keluar parti dan sekarang nampaknya karenah mencipta kemelut demi kemelut berlanjutan.

Terbaru Datuk Zaid Ibrahim, "wira" Datuk Seri Anwar Ibrahim buat hal lagi, Dulu hal yang diperlakukan ringan sikit, tapi kali ini hal yang berlaku melalui bikinanya begitu berat. Berat bahu memikul berat lagi mata memandang.

Cuba bayangkan jika media massa, TV1, TV3 akhbar akhbar memainkan peranan utama dalam menyebarkan isu Zaid Ibrahim tarik diri bertanding timbalan presiden dan letak semua jawatan berkaitan.

Sehubungan dengan itu, menuduh dan memburuk buruk PKR dan pemimpinan pada mata umum dengan begitu serius sekali melalui kenyataan yang dibuat secara langsung.

Sebelum ini kita sedia maklum mengenai sikap dan sifat Datuk Zaid Ibrahim, miskipun telah dilebalkan sebagai "wira PKR" sebaik saja menyertai parti Anwar Ibrahim yang diminta bersara, kerana reputasinya begitu tercemar dek dakwaan liwat 2 yang sedang berjalan.

Ketika bertanding di Parlimen Kuala Selangor dalam pilihanraya kecil tak lama dulu label wira dicanang begitu hebat, seolah olah dialah segala galanya dalam memperkasakan PKR , tapi malangnya wira di yang didewa dewakan ini gagal mempertahankan kerusi parlimen milik PKR.

Kegagalan mempertahankan kerusi parlimen Kuala Selangor harus dijadikan pengajaran. Tapi malangnya PKR tak kisah sangat dengan kekalahan itu, kerana adat orang bertanding ada kalah dan menang tanpa menyedari akan implikasinya pada status quo PKR.

Kali ini Datuk Zaid Ibrahim mencemarkan reputasi PKR melalui tindakan tarik diri bertanding jawatan timbalan presiden dan letak semua jawatan berkaitan, serta menyerang reputasi puncuk kepimpinan PKR yang dikatakan akan menawan Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kali ini juga PKR menjadi lebih busuk daripada tahi manusia dek tindakan yang berupa api dalam sekam yang tidak pernah ada usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Kebanyakan sudah berkata, hendaklah berhati hati menerima dan memberi kepercayaan pada Zaid sebagai ahli PKR. Apatah ditatang bak minyak yang penuh melantik ketua PKR wilayah persekutuan.

Kalau dalam umno dia tergamak saman hudud, apalah sangat jika berada dalam PKR yang barangkali ada agenda tertentu untuk mencemar reputasi parti keadilan rakyat yang sedang buruk imejnya dek kerenah anggota anggota yang tidak ikhlas dalam melayari perjuangan.
-tko-

Tiada ulasan: