"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banjir kilat N.Sembilan berpunca dari projek landasan keretapi

Bukan di Kedah saja Menteri BN mendakwa projek landasan keretapi berkembar memburukkan keadaan banjir. Malahan di Negeri Sembilan juga perkara ini berlaku. Tapi bila berlaku di Negeri Sembilan, TV1, TV3, Utusan Malaysia bacul dan pengecut untuk siarkan di berita utama mereka. Kesian, kesian orang Negeri Sembilan, orang Rembau pula tu, tak siapa yang mendengar keluhan anda sebelum ini. Kawasan selamat UMNO lah katakan.

CHENGKAU ULU DITENGGELAMI AIR
CHENGKAU , Rembau - Hujan lebat selama kira-kira dua jam, petang kelmarin mengakibatkan lebih 10 rumah di Kampung Chengkau Ulu, dekat sini ditenggelami air setinggi 1.5 meter.
 
Penduduk mendakwa, kejadian banjir itu merupakan paling buruk berlaku di kampung itu setakat ini, dipercayai berpunca projek landasan keretapi berkembar Seremban- Gemas berdekatan kampung terbabit.
 
Mohd Fuad berkata, sebelum ini kawasan berkenaan pernah dinaiki air, tetapi tidak seteruk kali ini.
 
Dia tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada projek landasan keretapi berkembar Seremban-Gemas berdekatan kampung itu.
 

Tiada ulasan: