"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majlis Qurban perkukuh ukhuwah

PAS Miri
MIRI, 18 Nov: Program Qurban dan Kebajikan PAS Miri 1431H berjaya dilaksanakan dengan jayanya di sekitar Dun Senadin.

Bermula program puasa sunat Hari Arafah pada Selasa, 9 Zulhijjah dan iftar petugas PAS di semua peringkat meraikan Idul Adha 1431H dengan sederhana sekali.

Buat julung kali, dua ekor lembu dikorbankan pada pagi hari yang mulia, semalam dengan dana disumbangkan oleh ahli dan petugas PAS Kawasan Miri.

Selain sumbangan barang keperluan yang disumbangkan sejak hari Isnin kepada penduduk sekitar Kampung Tukau,Tudan dan Luak, program kali ini turut melibatkan agihan korban pada Idul Adha.

Sebanyak 180 bungkusan daging korban yang telah diedarkan di setiap pelosok kampung sekitar Miri termasuk Kuala Baram.
Suasana ukhuwah dan gembira jelas terpancar di wajah para penerima pada hari yang mulia ini.

Program diketuai Setiausaha PAS kawasan, Arif dan AJK Pemuda dan Muslimat.

Satu Majlis Jamuan Idul Adha akan diadakan di rumah Yang Dipertua PAS kawasan pada hari tasyrik terakhir, Sabtu ini bersempena dengan majlis aqiqah beberapa anggota PAS Miri yang baru menerima cahaya mata.

Tiada ulasan: