"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wartawan Media Perdana Umpama “Kondom” Yang Dipakai Semasa Melanggan Pelacur

ulitmayang
Kondom, merupakan sejenis alat atau perkakas, dan ianya digunakan dan dipakai sebelum melakukan hubungan jenis. Ini menurut cerita kawan–kawan lah. 

Ianya boleh disarung samada bagi tujuan melakukan hubungan jenis itu halal atau haram. Pertamanya, Ianya halal, tetapi tidak digalakkan digunakan bagi pasangan suami isteri, kecuali ada keuzuran syarie yang dibenarkan,

Dan sebaliknya pemakaiannya menjadi haram, bagi tujuan yang haram seperti digunakan ketika melanggan pelacur. Bukan soal menggunakannya yang haram, tetapi melempiaskan nafsu terhadap pelacur itu haram.

Barangkali begitulah status dan fungsi wartawan media arus perdana kini, samada pemberita, jurugambar, penulis, pengarang dan seumpamanya, dalam dunia politik Malaysia hari ini.

Mungkin tidak keterlaluan, mereka diumpamakan sebagai alat dan perkakas sahaja, kepada pemerintah.

Ianya digunakan, dengan kemahiran sebagai seorang pengarang, penulis dan wartawan untuk tujuan memaparkan hasil nukilan ke arah memuaskan nasfu tuannya, iaitu UMNO.

Adakah mungkin fungsi wartawan sebegini sama dengan kondom yang dipakai ketika melanggan pelacur.

Rasanya ianya seiras dan serupa saja. Ianya dipakai selagi mana tulisannya masih tajam mempelopori fitnah, adu dumba dan maksiat, ianya akan dibuang ketika mana hasil tulisan sudah tumpul.

Begitu jugalah dengan kondom, ianya hanya digunakan sekali sahaja, dan tidak digunakan untuk kali kedua, iaitu pakai buang sahaja.

Mungkin ada yang bersetuju dengan kenyataan ini, bilamana berita dan cerita ini  dan ini  juga yang  ini, dibaca, diteliti dan diperhalusi.
-tko-

Tiada ulasan: