"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Badrul hadir tetapi duduk di bilik media

Harakahdaily
SHAH ALAM, 24 Jan: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini tetapi hanya duduk di bilik media dan tidak memasuki dewan.

Kerusi DUN Pelabuhan Klang telahpun diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim minggu lalu dan surat kekosongan kerusi juga telahpun dihantar kepada Suruhanjaya Pilihanraya.
(Gambar: Badrul dilihat berhampiran bilik media tetapi tidak masuk ke Dewan)

Teng telah mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong pada 20 Januari, 2011 selepas beliau gagal menghadiri sidang Dun lebih enam bulan.

Beliau juga menolak alasan Badrul yang tidak menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan itu dan menyifatkan ianya satu penipuan.

Badrul memberitahu media bahawa kerajaan negeri tidak menghalang beliau daripada menghadiri persidangan hari ini kerana tiada surat dihantar kepada beliau menyatakan beliau tidak boleh hadir untuk mesyuarat hari ini.

Namun beliau tidak memasuki Dun tetapi berada di bilik media sahaja.

Tiada ulasan: