"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda PAS ikrar pertahan Kedah

Khairul Izwan

ALOR SETAR, 20 Feb: Pemuda PAS menunjukkan isyarat jelas bahawa kemenangan PAS di Negeri Kedah perlu di pertahankan dalam PRU-13 nanti daripada pengkhianat agama dan bangsa, Barisan Nasional.

Naib Presiden PAS Pusat berkata Pemuda PAS perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan sama ada senang atau pun susah.

“Hari ini pemuda PAS telah menunjukkan isyarat bahawa negeri Kedah ini perlu di pertahankan.

“Pemuda Islam perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan, senang mahupun susah untuk menunjukkan ketaatan kepada perjuangan Islam” katanya dalam Himpinan 30,000 Pemuda PAS di Markas PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Beliau yang juga mantan ketua Pemuda PAS Pusat berkata jiwa pemuda Islam tudak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Pemuda perlu berubah sekarang dan menyelesaikan masalah remaja di dalam masyarakat.

“Pemuda perlu rapat dengan rakan-rakan sebaya, kawan-kawan. Pemuda perlu menyelesaikan masalah masyarakat” katanya dalam pidato beliau.

Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Pemuda PAS menterjemahkan akidah perjuangan dalam gerak kerja Islam.

Beliau juga menyarankan Pemuda PAS berusaha memahami sejarah perjuangan pergerakan Islam.

Himpunan hari ini di meriahkan dengan kehadiran selebriti Bob Lokman di atas pentas bersama
pimpinan PAS.

Acara petang ini akan di teruskan dengan persembahan daripada Bob Lokman, Radzi ‘Melisa’ dan Pak Long.

Peserta himpunan juga akan menyaksikan perlawanan bola sepak antara wakil Pemua PAS dan veteran bola sepak kebangsaan.

Tiada ulasan: