Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan hari ini bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat di negeri itu mengenai kemungkinan merombak barisan exco kerajaan negeri.
Bercakap kepada media di Bandar Tasek Selatan, Khalid berkata, perbincangan diadakan bagi "mengukuhkan lagi pentadbiran kerajaan Selangor".
Beliau bagaimanapun, enggan menyatakan butiran mengenai perbincangan yang diadakan itu.
"Tapi apa (yang kita) mahu lakukan atau tidak (lakukan), kita belum putuskan," katanya ketika ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau telah menemui wakil rakyat Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk membincangkan rombakan exco.
Khalid dilaporkan berdepan dengan tekanan untuk membuat rombakan tersebut kerana menghadapi masalah dengan anggota exco tertentu.
Ini adalah pertama Khalid membayangkan mengenai rombakan tersebut walaupun khabar angin mengenainya bertiup sejak awal tahun ini.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan